Percuma Konsultasi braces menggunakan imbasan 3D digital intra oral

Kurang Keyakinan Disebabkan

Gigi Tidak Teratur?

Gigitan Jarang

Gigi Berterabur

Gigitan Dalam

Gigi Jongang

Gigitan Terbuka

Gigi Belakang Bersilang

Gigi Bawah Kedepan

Posisi Gigi Abnormal

Doktor - doktor Kami Boleh Bantu Anda

Dr. Yazid

Aesthetic Rehabilitation
(BDS Manipal)

Dr. Dinesh

Endodontics
(BDS Manipal)

Dr. Afiqah

Orthodontics
(BDS Manipal)

Dr. Sujitra

Surgical Treatment
(BDS Mangalore)

Kenapa Perlu Memilih Saujana Dental?

Selesa & Banyak Parkir

Suasana klinik luas dan selesa seperti rumah serta ruang parkir yang banyak.

Doktor & Staff Yang Mesra

Doktor kami semuanya berpengalaman dan lemah lembut ketika rawatan. Staf kami sangat peramah dan mudah untuk berurusan.

Teknologi Imbasan Digital 3D

Kami menggunakan teknologi terkini; X-ray pergigian 3D, imbasan digital 3D dan teknologi AI untuk simulasi pergerakan gigi.

Model Gigi 3D untuk pesakit braces kami

Kami memberi penerangan yang jelas sebelum memulakan rawatan dan juga mengajar cara penjagaan selepas pemasangan braces.

Jenis Rawatan Braces di Saujana Dental

Konvensional Braces

Self-Ligating Braces

Sebaris Clear Aligner / Invisible Braces

Contoh Kes Braces

Lihat Kegembiraan Mereka

Klinik Panel

FAQs

Rawatan braces berfungsi dengan menggerakkan gigi ke tempat yang diingini dengan mengenakan tekanan yang rendah dan konsisten. Rasa tegang adalah normal semasa rawatan braces. Jika tiada rasa tegang bermaksud tiada tekanan dikenakan terhadap gigi, besar kemungkinan gigi tidak akan bergerak. Tetapi, jika pesakit mengalami kesakitan sehingga tidak boleh gigit gigi atau makan, pesakit perlu berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.

Terdapat beberapa pesakit kami yang mengeluh kerana pekerjaan mereka tidak sesuai untuk memakai braces jenis besi. Jadi kami menawarkan invisible braces/clear aligners, sejenis pendakap gigi yang menggunakan helaian plastik lut sinar dari SEBARIS. SEBARIS menggunakan teknologi AI untuk menghasilkan clear aligners. Berbanding dengan rawatan braces konvensional, SEBARIS boleh memberi simulasi keadaan gigi yang sudah tersusun sebelum pesakit memulakan rawatan.

Doktor kami berpengalaman dan memastikan tempoh rawatan bersesuaian dengan kondisi gigi. Tempoh rawatan di klinik kami lebih singkat dengan penggunaan bracket dan besi yang berkualiti tinggi. Memudahkan porses pergerakan gigi. Pemakaian braces terlalu lama tidak sihat untuk kesihatan mulut kerana susah untuk menjaga kebersihan

Di Saujana Dental kami menggunakan bahan-bahan terkawal dan berkualiti. Kami tidak menggunakan barang yang dibeli di Shopee(ya, barang-barang braces boleh didapati dari Shopee jadi berwaspada dgn harga yang terlalu murah). Dengan menggunakan barang2 yang berkualiti, pergerakan gigi lebih berkesan dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang buruk kepada pesakit. Walaupun harga kami berpatutan, kos yang dibayar oleh pesakit adalah untuk mendapatkan rawatan dengan barang2 yang berkualiti

Sebelum memulakan perjalanan anda untuk mendapatkan senyuman yang diimpikan. Doktor kami akan memberi penjelasan tentang rawatan braces, cara penjagaan serta pantang larang semasa memakai braces.

Banyak faktor yang akan menentukan keberkesanan rawatan braces. Doktor, pesakit, temujanji, kualiti bahan yang digunakan

Dr Afiqah melalui extensive course dari The Dental Academy, yang merupakan pusat latihan pergigian yang terbesar di Malaysia. Program tersebut mengambil masa selama 3 tahun. 

Dr Suj mendapatkan latihan dari Dr Anas Izwan di Pasadent.

Semasa konsultasi, doktor akan mengambil semua data dari pesakit dan melihat keadaan gigi. Jika perlu, doktor akan mengambil imbasan 3D digital intra oral dan xray untuk meneliti jika rawatan braces bersesuaian dengan bpesakit. Jika tidak sesuai, doktor akan memberi ratawan alternatif kepada pesakit.

Selepas rawatan braces, secara semula jadi gigi akan bergerak ke tempat asal. Ini kerana tulang ada ‘memory’. Selepas rawatan braces, doktor akan membuat ‘retainer’ supaya gigi berada di posisi sama dan tidak bergerak. Dan pesakit disarankan untuk datang ke klinik dua kali setahun atau jika terdapat masalah pada ‘retainer’ perlu datang ke klinik secepat mungkin.

Boleh. Ada masa doktor akan memerlukan beberapa hari untuk meneliti segala informasi yang telah digumpul untuk memberikan treatment plan kepada pesakit. Selalunya selepas penjelasan daripada doktor, pesakit yakin untuk membuat rawatan braces. Hanya perlu membayar booking fee

Boleh transfer case. Doktor akan memberi semua data2 dan informasi untuk diberi kepada doktor gigi di tempat baru.

Bayaran deposit boleh dibayar secara ansuran iaitu dua kali. Bayaran bulan pula bergantung kepada pakej braces.

Pelaburan untuk rawatan braces hanya sekali, tetapi

senyuman yang cantik penuh keyakinan kekal seumur hidup

Tingkatkan gaya hidup anda dan mulakan perjalanan anda ke arah senyuman menawan sepanjang hayat di Saujana Dental, Bukit Katil.

Kami ingin memberikan tawaran khas untuk anda dalam masa yang terhad:

Tunggu apa lagi? Dapatkan konsultasi PERCUMA sekarang sebelum tawaran ini tamat!